ASALAMUALAIKUM

SELAMAT DATANG WAHAI SAHABAT YANG MENGAMBIL BERAT TERIMA KASIH MELAWAT HAMBA PUNYA BLOG

Sunday, December 19, 2010

gejala merempit

Dalam era globalisasi dan liberalisasi ini , aktiviti perlumbaan haram semakin hangat diperkatakan dalam masyarakat.Aktiviti ini semakin mendapat tempat dan diminati oleh golongan remaja walaupun mereka mengetahui(bahawa) aktiviti tidak bermoral ini akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. (Hal) hal ini dapat kita lihat melalui (laporan)media massa mengenai aktiviti lumba haram yang tidak sihat ini. Kegiatan ini bukan sahaja membawa padah kepada individu malah menjejaskan (ketenteraman) masyarakat dan merosakkan imej Negara(negara) di mata dunia. Oleh itu, faktor-faktor yang mendorong(remaja terjebak dalam) aktiviti ini seharusnya(perlu) dicari(dikaji dan diselidik) sehingga ke akar umbi agar jalan penyelesaian yang berkesan dan efektif dapat dilaksanakan untuk membendung masalah ini.
Perenggan isi pertama perlu merupakan isi utama ( faktor yang paling menyumbang kepada aktiviti merempit :- iaitu kemantangan/ ego dan ganjaran yang menanti)
Antara faktor yang menyebabkan aktiviti‘Mat Rempit’ ini semakin diminati adalah disebabkan kekurangan(kurang) kawalan dan kasih saying daripada ibu bapa.Hal ini demikian kerana kebanyakan remaja yang kurang (mendapat) pengawasan daripada ibu bapa mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan dunia menyebabkan anak-anak mereka terbiar (tanpa) hala tuju. Akhirnya, para remaja mencari ketenangan dan hiburan dengan melakukan aktiviti perlumbaan haram dan menjadi ‘Mat Rempit’ sebagai (jalan keluar) daripada kesunyian yang menyelubungi jiwa remaja ketika keseorangan di rumah. Selain itu, ibu bapa yang tidak mempunyai masa dan ruang untuk mendidik anak sama ada didikan agama ataupun pembentukan peribadi yang mulia menyebabkan anak-anak tidak mempunyai iman dan pendirian yang tegas dan mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit kerana mudah terpengaruh dan tidak mampu menepis godaan. Ibu bapa yang tiadak menjalani(tidak melaksanakan) tanggungjawab mereka akan menyebabkan anak mereka yang kehilangan(ketandusan) kasih sayang terlibat dalam gejala ‘Mat Rempit’ sebagai langkah untuk menarik perhatian daripada ibu bapa mereka.
Selain iitu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan golongan muda(remaja) menyertai aktiviti haram ini. Hal ini disebabkan,golongan remaja akan menghabiskan hampir separuh hari (kebanyakan masa mereka )bersama-sama rakan sebaya di sekolah. Ajakan dan pujukan rakan tidak mampu ditolak. Apabila menyaksikan aksi “Mat Rempit’ yang berbahaya dan mencabar, berputik dalam jiwa remaja rasa ingin cuba. Remaja akan cuba dan merasai sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, gelaran ‘Mat Rempit’ seolah-olah memberi pengiktirafan kepada remaja akan kejantanan atau kelelakian, kehebatan , kejaguhan mereka. Mereka akan lebih diminati oleh ramai gadis dan mudah mendapat sokongan daripada rakan-rakan . Hal ini menyebabkam ramai remaja seakan-akan ketagih dengan aksi merempit ini.
Faktor kewangan (ganjaran) juga menjadi salah satu faktor aktiviti ini diminati oleh golongan muda(remaja). Perlumbaan haram ini melibatkan aktiviti perjudian, wang pertaruhan kadang-kadang mencecah angka beribu-ribu ringgit. Kadang-kadang bukan ganjaran wang yang dikejar tetapi gadis bohsia yang dijadikan pertaruhan kepada pemenang perlumbaan. Pemenang berpeluang menikmati hubungan seks secara percuma. Godaan ini memang menjadi tarikan yang tidak mampu ditolak oleh remaja kerana berpeluang mengadakan hubungan seks dengan gadis bohsia dapat menjawab seribu satu persoalan yang menghantui mereka tentang seks. Kepuasan nafsu ini menjadi daya pendorong kepada golongan remaja dalam aktiviti merempit
Masalah Mat Rempit ini ibarat barah yang tumbuh dalam badan kita. Barah ini mampu melemahkan dan menjejaskan kualiti modal insan yang ingin dilahirkan oleh negara. Golongan Mat Rempit ini perlu disekat daripada terus membiarkan mereka menjadikan jalan raya sebagai platform yang menunjukkan kehebatan dan kejaguhan mereka dalam perlumbaan. Antara jalan penyelesaiannya adalah menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan perlu mengendalikan (menggubal) undang-undang dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap golongan Mat Rempit yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Hukuman seperti sebatan dan penjara boleh dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada orang lain (remaja lain) agar tidak terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral ini. Selain itu, penonton yang menyaksikan perlumbaan dan aksi Mat Rempit ini turut perlu ditangkap dan dikenakan hukuman kerana memberi sokongan kepada Mat Rempit. Hal ini adalah kerana sokongan dan tepukan serta sorakan penonton inilah yang menaikkan semangat dan ego Mat Rempit.
Selain itu, kerajaan atau pihak swasta boleh mewujudkan (membina) sebuah litar lumba yang sesuai dan selamat seperti di Sepang untuk golongan muda. Kewujudan litar perlumbaan ini boleh digunakan oleh golongan Mat Rempit ini dengan mengenakan bayaran yang lebih murah supaya golongan ini boleh menunjukkan bakat terpendam mereka tanpa membahayakan penggunaan jalan raya yang lain. Aktiviti perlumbaan boleh dianjurkan untuk menarik penyertaan Mat Rempit daripada membiarkan mereka menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Sukan permotoran yang sememangnya berpotensi menaikkan nama negara di persada dunia harus diketengahkan agar golongan Mat Rempit ini berpeluang menunjukkan bakat mereka dalam sukan permotoran seperti Perlumbaan Grand Prix Petronas, Motocross Malaysia dan lain-lain.
Akhir sekali ,didikan agama perlu dititikberatkan. Jangan kita hanyut dibawa arus pemodenan sehingga lupa peri pentingnya didikan agama kepada golongan remaja. Bak kata melentur aur biarlah dari rebungnya. Didikan yang diberikan sejak kecil lagi mampu menjadikan benteng yang cukup kuat dalam menangkis pengaruh dan godaan yang mendatang. Malahan berupaya melahirkan remaja yang tahu membezakan baik daripada buruk, halal daripada haram, wajib daripada sunat. Mereka akan bijak dalam membuat pilihan dan tahu yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Dengan adanya didikan agama yang mantap, seseorang itu tidak mudah terjebak dan mengamalkan gaya hidup yang tidak bermoral kerana bertentangan dengan nilai-nilai murni.
Perlumabaan haram yang dijalankan oleh golongan Mat Rempit ini memberi impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Aktiviti ini bukan sahaja mengundang maut malah membantutkan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa depan. Malang tidak berbau. Oleh itu, isu Mat Rempit tidak harus dipandang ringan oleh sesiapapun. Masalah ini masalah kita semua. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini daripada terus merebak kerana golongan remaja merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui negara pada masa akan datang.

 menyirap aku tengok kelakuan pelajar-pelajar yang memalukan mak bapak . pas tu mengandung buang anak...mmg bodoh klo aku dapat seko2 aku sebat ..diorang  tak pike panjang sebelum melakukan sesuatu..sosial  sudah terikut budaya barat .. bila kantoi ngan makbapak lari rumah bodoh ...lepas itu  masyarakat negara lain pandang rendah kan kite ..cuba korang tengok ..kite sume kene ingat kita dimasa akan datang pon akan ada anak ..korang sume jagan risau kalau anak korang di situasi macam korang..masa itu korang ingat lah apa yang korang penah buat..Allah sekarang bayar cash ..jangan sampai ibu kandung kite mendoakan kepada Allah untuk ambil nywa kita..pikir-pikir lah kawan..

Saturday, December 18, 2010


..........
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
..........
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
...........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
...........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya

ala2 barat dikalangan pelajar

Sejak kebelakangan ini, keruntuhan moral dan sosial remaja dan pelajar merupakan isu yang sering diperkatakan. Keruntuhan moral dan sosian dapat didefinisikan sebagai individu yang tidak mempunyai displin yang baik. Mereka yang terlibat dalam masalah ini biasanya mempunyai perangai yang buruk, tidak sopan dan sering melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat, seperti menagih dadah, mengamal amalan lepak, bohsia, bohjan, merompak, merogol, memukul guru sekolah dan sebagainya. Masalah keruntuhan moral dan sosial remaja dan pelajar adalah disebabkan faktor keluarga, individu itu sendiri, media massa dan sebagainya. Masyarakat Malaysia harus memandang masalah ini dengan serius kerana ia berhubung kait dengan penyediaan sumber tenaga kerja dan manusia pada masa akan datang yang dapat merealisasikan wawasan 2020. Oleh itu, langkah-langkah yang wujur harus diambil.
Langkah-langkah yang dapat mengatasi masalah ini harus bermula daripada remaja dan pelajar sekarang. Remaja dan pelajar sekarang mesti mempunyai kesedaran. Meraka yang melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang baik seperti mengedar dadah, menolong ahli kongsi gelap, membunuh orang dan sebagainya. Lazimnya mereka telah diperdaya oleh orang dewasa yang jahat. Para remaja patut dapat membezakan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat, jangan sekali-kali melakukan aktiviti ini kerana untuk memperoleh wang yang lebih banyak. Selain itu, remaja sekarang juga mudah dipengaruh oleh rakan sebaya mereka. Rakan sebaya meraka yang berperangai jahat, melakukan aktivit-aktiviti yang kurang sihat, kita jangan mengikut mereka, walaupun mereka menganggap perbuatan itu sungguh bergaya.
Di samping itu, ibubapa sekarang yang sibuk dengan dunia persaingan mereka perlu meluangkan sedikit masa untuk mendidik anak-anak mereka. Melalui pendidikan keluarga, remaja akan menjadi lebih matang dan dapat berfikir dengan positif. Ibubapa juga patut mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka, supaya anak-anak mereka tidak merasa bosan dan benci semasa berada di rumah. Selain itu, ibubapa juga perlu lebih bertanggungjawab, mereka perlu memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak mereka. Sehingga hari ini, Pendidikan SEKS sudah menjadi pendidikan yang penting. Ibubapa jangan berasa malu sehingga mereka tidak ingin mendidik anak-anak mereka apabila anak-anak mereka mencapai umur baligh.
Pihak sekolah juga harus menekankan lagi disiplin di kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Sekolah boleh mengurangkan masa terluang para remaja dengan mewajibkan para penuntut menyertai kelas tambahan. Pihak sekolah juga perlu memerhatikan tindak-tanduk para pelajar, jika mereka didapati sedang melakukan kegiatan yang kurang sihat, berikan nasihat atau menghukum mereka secepat mungkin. Kaunseling juga perlu diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah peribadi.
Selain itu, pihak kerajaan melalui saluran tertentu perlu mengerakkan tayangan filem kurang sihat, menghalang buku-buku ataupun pita-pita yang kurang baik seperti, filem yang selalu menayangkan cara hidup barat ataupun filen dan buku yang mengandungi unsur seks, agama dan sebagainya.
Kesimpulannya, semua pihak adalah bertanggungjawab dan perlu bekerjasama untuk mangatasi masalah keruntuhan moral dan sosial di kalangan remaja dan pelajar. Saya berharap malalui langkah-langkah di atas dapat membendung masalah tersebut supaya tidak terus menghantui jiwa para remaja kita. Ingatlah bahawa "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara".

anti rokok

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya